Kereta berenjin petrol pertama yang praktikal dibina oleh Karl Benz pada tahun 1885 di Mannheim, Jerman. Benz memperoleh paten bagi keretanya pada 29 Januari 1886, serta memulakan pengeluaran kereta pada tahun 1888, selepas isterinya Bertha Benz melakukan perjalanan jauh pertama pada Ogos 1888 - dari Mannheim ke Pforzheim dan pulang semula - sekaligus membuktikan bahawa pedati tanpa kuda tersebut sangat sesuai untuk kegunaan harian. Sejak tahun 2008, Laluan Memorial Bertha Benz diwartakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Tidak lama kemudian, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Stuttgart pada tahun 1889 mereka bentuk sebuah kenderaan dari mula sebagai sebuah kereta dan bukannya kereta kuda yang dilengkapi enjin. Mereka juga dinamakan sebagai pencipta motosikal pertama, Daimler Reitwagen, pada tahun 1885, tetapi Enrico Bernardi dari Universiti Padua di Itali, pada tahun 1882, telah mempatenkan enjin petrol satu silinder 0.024 kuasa kuda (Templat:Convert/W) 122 cc (Templat:Convert/cid) yang dipasang pada basikal roda tiga anak lelakinya, menjadikannya salah satu calon kereta pertama, serta motosikal pertama;.[6]:p.26 Bernardi membesarkan basikal roda tiga itu pada tahun 1892 untuk membawa dua penumpang dewasa.